I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 24 March 2011

Good Luck!!!

Alhamdulillah...akhirnya berakhir la segala assignment dan presentation kt bumi uia ni..Pagi tadi merupakan presentation yg terakhir selama 4 tahun kt UIA..alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.. Terima kasih kpd sume ex-groupmate yg sgt2 supportive, sporting n kelakar..Maafkan atas segala kekhilafan diri ini sepanjang kte sume bekerjasama...Suka duka kte bersama akan dikenang sampai bile2..hehe..(Credit to:---> Isma,asma', muni, yaya)  Rase sebak je lepas abis presentation td,rase mcm x percaya pun ade..huhu..

Tapi perjuangan kt bumi UIA ni belum tamat lagi..pasni nak mempersiapkn diri untuk menghadapi final exam plak..Insyaallah..Moga dipermudahkan segalanya. Teringat saya pd tazkirah ringkas dari seorang sister dalam surau fakulti ekonomi dua ari lepas..Walaupun ringkas tapi cukup bermakna buat diri ini..

"Persiapan untuk mghadapi final exam bukan sahaja dari segi fizikal dan mental saje tapi juga perlu dari segi rohani..Apabila kte memenuhi hak rohani kte iaitu dengan beribadah kpd Allah,setiasa mengngati Nya dan mendekatkan diri kepada Nya, Insyaallah hati kte akan sentiasa tenang dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan tekanan yang mendatang..
Apabila kte sentiasa ingat dan bertakwa kepada Nya, maka Allah akan tunjukkan jalan keluar buat kte, Sepertimana firman Allah dalam ayat seribu dinar.. ومن يتق الله ويجعله مخرجاً
Walau dalam ape keadaan kte sekalipun, kembali kn sumenye kepada Allah..Di saat tiada sesiapa bersama kte, Allah sentiasa ade untuk kte.. Sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."

Bergenang air mata apabila merasakan diri kdg kala lupa kepada Nya..Sedangkan Dia tidak prnah meninggalkn hmba Nya walau sesaat pun..betapa kerdil dan dhoifnya diri ini sebagai hamba Nya...uhuk..Nape ntah rase syahdu je ari ni..(T__T).. 

By the way,buat shabat2 sperjuangan sekalian, i wanna wish you all the best for final exam .. May ALLAH blez us and give us the best result for the final exam..Chaiyok2!!! 


Tuesday 22 March 2011

Coretan suka-suki di hari pernikahan Nyah



Selamat pengantin baru buat abang yang disayangi , Mohd Zulhifdzi (nyah) dan kakak ipar, Nurul farhana (angah)..Barakallahulakuma.. May All blez both of you dan mg berbahagia hingga ke hujung nyawa..

Pada hari penikahan nyah, perasaan kterg sekeluarga  bercampur baur..gembira, terharu, rase nk nangis pun ade.. Bersyukur sgt2 akirnya nyah bertemu juga jodohnya..Masih terbayang2 lagi suasana pada ari tu.. kih3..Ade yg mengusik, smpai merah pipi pengantin baru..haha..ade yang menangis kegembiraan, ade jugak yg menahan sebak..uhuk2..


Pengantin malu2 bila diusik oleh kterg..kih3

Mak Mentua Nyah, sempat beri pesanan pd nyah: "Jaga Ana elok2 ek"

Sayang menantu mak..hehe

Anak Abah...!!! Abah memeluk Nyah dlm sebak..huhu

 
Nyah bersama keluarga mertua

___________________________________________________
Gambar kenang-kenangan bersama ahli keluarga dan sedara-mara yang hadir.










 
 

_______________________________________
  Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar ari tu...rombongan kami balik dengan seribu satu kenangan yang tak kan dilupakan..Akhir kata...

"Semoga pohonan cinta kalian bersemi, daunan rindu menimbun di hati, selamanya di bawah rahmat Ilahi..."





Iktibar Dari Tsunami Jepun

11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.
Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.
Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.

Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.

Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?
Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

Retrieved from: iLuVIslam

Tuesday 15 March 2011

RaSa CiNTa FiTRaH MaNuSia

Rasa cinta itu fitrah manusia...Namun begitu, singkaplah ia dengan berlandaskan syariat dan peliharalah ia agar kita tidak jatuh ke dalam perangkap syaitan durjana...


 ________________________________________________
Kawanku,
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fathimah Az-Zahra dan 'Ali bin Abi Thalib kw?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...(^__^)

* Diamik dr blog org laen..hehe..
________________________________________________

Sunday 13 March 2011

Penyeri Hidup Ku..hehe

4 WANTED BABY!!!

My youngest brother, si budak kompang..=p
Panggilan manja: Dedek
Umur: Darjah 1 
Boleh brcakap tanpa henti berjam2 lamanye, Pak cik yang baek dan penyayang walaupn kecik lg..salute la..hehe

Anak sedara yg pertama...=)
umur: 2 tahun lebih
Panggilan manja: Najwan @ Along najwan
Sgt penyayang, suka sayang semua orang terutamanya baby 
(sampai rimas anak org dibuatnye..hehe), Abang yg cukp penyayang 


Anak sedare ke-2...=)
umur: 1 tahun lebih
Panggilan manja: Ahmad
Sangat aktif, xleh duk diam mcm mak nye..Pakar memunggahkan barang dari tempat asalnya..kih3

My cute niece, anak sedara ke-3...=)
Panggilan manja: insyirah @ adik
Umur: Blum smpai 1 thn
Suke observe org walaupun masih kecik..hehe..sgt disayangi oleh along najwan nye..=) 
______________________________________________
Hope all of you become anak soleh dan solehah..Jangan nakal2 ek..Luv you all so much..mmmmuuuuaahh

Saturday 12 March 2011

I LOVE ALLAH...(^__^)v




____________________________
____________________________

Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
___________________________
___________________________

Ya ALLAH,
Masih panjang lagi perjalanan hidup ini  yang harus aku tempuh 
Dalam perjalanan yang penuh ranjau berduri ini,
Aku mohon bantuan Mu,
Tunjukknlah aku jalan yg benar dan janganlah Engkau biarkan aku tersasar jauh dari jalan Mu.. 
Ya Allah,
Berikanlah aku hidayah Mu, agar aku sentiasa ingat dan dekat dengan Mu,
Tiada apa lagi yang membahagiakn dan menenangkan selain dari mengingati Mu selau dan berada dekat dgn Mu, 
Ya Allah...
Ampuni kesalahanku, kejahilanku dan keterlanjuranku semuanya, dan apa yang Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku..
Ya Allah..
 ampuni aku, juga kesengajaanku, kebodohanku, dan kealpaanku, dan semuanya daripada aku, Ya Allah ampuni dosa apa yang terdahulu dan apa yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang nyata, Engkau Yang Terdahulu dan Engkaulah Yang Tiada Kesudahan, dan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu...

Thursday 10 March 2011

A sincere 'Production'

The concept of productivity in Islam is very different to its concept in industry. The latter, namely “industrialisation”, is “the process of expanding the country’s capacity to produce secondary goods and services”

In short, it’s about large-scale production. This is productivity in the world of manufacturing. But can the same definition be applied to productivity in Islam?

The Prophet (peace be upon him) and his companions were once engaged in a battle with the idolaters of Makkah. There was one particular soldier in the Muslim army who was courageously and boldly fighting the enemies. The companions said, in sheer admiration of this seemingly pious individual:
مَا أَجْزَأَ مِنَّا الْيَوْمَ أَحَدٌ كَمَا أَجْزَأَ فُلَانٌ
“None of us today has done better today than so and so”*

*In the sirah of Ibn Hishaam, the name of this person is mentioned as “Qazman”

The response of the messenger of Allah (peace be upon him), however, was unexpected as he explained that he would be an inmate of the Hell Fire. You may be puzzled and shocked – why would a mujahid fighting in the path of Allah (Subhanahu wa Ta’ala) be in Hell?
During the course of the battle, this courageous fighter had received a devastating blow and was severely wounded, and he was not patient. Rather, he killed himself with his sword, he committed suicide.

A companion who had observed this ran back to the messenger of Allah (peace be upon him) and said: “I bear witness that you are the Messenger of Allah,” and told the Prophet (peace be upon him) of the incident. The Messenger of Allah (peace be upon him) then comments: “A person may do good deeds, or so it seems to the people, although he is one of the people of Hell, and a person may commit sins, or so it seems to the people, although he is one of the people of Paradise.” [Bukhari and Muslim, on the authority of Sahl Ibn Sa’d (May Allah be pleased with him)]

Hence, Ibn al-Mubarak precisely said:
رب عمل صغير تعظمه النية، ورب عمل كبير تصغره النية
“Perhaps an action may be huge, but is reduced very small due to the intention. And perhaps an action is small, but is made massive due to the intention” (From the book: “Siyar a’laam anNubalaa’”, by Imam ath-Thahabi)

For this reason, don’t tell yourself, “I can never author 10 volumes of work like the scholars of the past did or establish worldwide institutions and orphanages, and so I will never have an influence on others…” A statement like this is based on the understanding of the industry’s definition of productivity, that the more books you place in the market, the greater your contribution will be. But dear reader, this is incorrect. When the element of sincerity within you is rectified and your actions are by The Qur’an and Sunnah, your actions will be accepted and flourish insha’Allah Ta’ala.

Just take a look at the following example. Out of the thousands upon thousands of books written in the Islamic field, why is it that one of the most famous and most widespread among Muslims happens to be a booklet comprising of 40 (or so) hadeeth? It seems to be such a simple idea, right? I could easily put together 40 ahadeeth into a booklet, and it has been done several times in the past…but why is it that this particular one (Imam Nawawi’s 40 Hadith) spread like wildfire?

Therefore, do not only think that contribution is governed solely by how much you produce, but rather it is governed by your intention and efforts. Do your best (work or produce with sincerity and hard work), and let Allah (Subhanahu wa Ta’ala) take care of the rest.

retrieved from: http://www.productivemuslim.com/productivity-in-islam-a-sincere-production/

Wednesday 9 March 2011

Doaku untukmu...

Sayu je rasa ari ni...Rase terkilan pun ade..Ari ni k.cik (adik yg ke-7)  nk blk Mesir dah.. Terkilan rasenye sebab tak sempat pun nk blk umah sembang2 n bertukar2 cerite dengan die..Dapat jumpe kejap je semalam..huhu.. K.cik, kakak doakan keselamatan dan kejayaan kamu di sana... Mg Allah permudahkan perjuangan kamu dlm menuntut ilmu...Luv U so much..
k.cik(tgh2) bersama ngan acu n dikcu..=)

Jejak Cinta-Devotees

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya
Tawakal boedoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya

Tuesday 8 March 2011

Steps to Being Closer To ALLAH

1. Start off each day with 'adhkaar al-istiyqaadh' ( waking up Supplications), thanking for waking up in good shape.


2.Put Allah first in your life

3.Pray Salaat Al-dhuhaa (after sunrise)

4.Read the Quran daily

5.Spend some time thinking of Allah's amazing creation.

6.Always love those who love Allah unconditionally. This way you will ensure that you live for Him, love for Him, and hate for Him (those who are enemies of Him).

7.Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah's orders.

8.Smile to everyone, for your smile makes a big difference to him or her and you are rewarded.

9.When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being Angry.

10.Never stop believing that you can win Allah's love and thus work for it. Then you can win the love of Allah's slaves.

11.Forgive, forget and smile...(^___^)





Monday 7 March 2011

Jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali ke-2, why???



Setiap manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Setiap kali kte melakukan kesilapan kte menyesal dan berjanji takkan buat lagi.. Tapi akhirnya kesilapan yang sama jugak kte buat. Kenapa ek?? Persoalan ni la yang berlegar2 di kepala baru2 ni.. kesilapan yang sama berulang lagi padahal dulu dh berazam x kan buat dah..berkali2  tnye kt diri sndiri, nape? Why? Limaza? ? hehe..




Kalo difikirkan mcm mana kte boleh jatuh kedlm lubang yang sama ek? takkan kte tak tahu kot ade lubang kat situ? Jwpnnye sebab kte masih guna jalan yang sama yg mana ade lubang menanti kte di hujungnya..kte sedar kte silap pilih jalan,kte tahu ade lubang kt jalan yg kte pilih tp kte masih tak nak ubah jalan yang pernah kte guna. Dalam erti kata lain, kte masih x mahu ubah cara hidup kte ke arah yg lebih baik. Asyik2 menyalahkan takdir..dialog yang biasa di dengar: “dh nasib aku cmni, nk wat cmne..terime je la..”  Jadi, natijahnya kte kembali balik buat kesilapan yang sama.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 
Dari Nabi saw., baginda bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)

Jangan jatuh ke lubang yang sama, sabda Nabi Muhammad, rasul junjungan kte..Jom,mari kte berubah,Jangan smpai jatuh untuk kali yg ke-3 plak..Tapi ape2 pun, jangan lupa minta bantuan dari Allah.Berdoa dan mohon lah dari Allah swt agar diberikan kekuatan dan juga pohonlah hidayah dari Nya agar kte tidak berulang kali membuat kesilapan yang sama. Tiada apa yang dpt kte lakukan tanpa izin Nya…WITHOUT ALLAH WE ARE NOTHING..=)

"Jadikanlah Masa Yang Berlalu Itu Pengalaman Dan Pengajaran, Masa Yang Sedang Berjalan Kita Isi Dengan Amalan Dan Masa Hadapan Jangan Terlalu Diangan-Angankan"

To Know You is To Love You

______________________________________________________________________________________________________
At times when I feel so lonely
No one to keep me company
You were there
At times when I feel so trouble
No one for me to turn to
You were there
You always there
In times of pain n sorrow
When it feels like there’s no tomorrow
In you I find peace and strength
To get my life back on track again

In times of joy and laughter
Happiness feels like forever after
In you I find it never ends
Cause your love’s always there to mend

I’ve come to realize
That you are my savior
You’re the most forgiving
Most merciful
A step I take towards You
Thousand steps you will see me through
You’re the All Knowing
You’re the Most Gracious
Most Bountiful
Oh Allah
The more I know you
The more I love you…
 _____________________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum…=)
Sesape yang meminati nasyid dan juga peminat Suhaimi (ex-inteam, suami Ina) khususnya, mesti dh tahu sgt lagu ni.. Lirik lagu ni sgt menyentuh hati dan melodinye pun mendayu je..Bak kate org kalo sekali dengar lagu ni boleh meruntun jiwa la..hehe..

Apa yang menarik dan boleh diambil dari lirik lagu ni ialah ia menceritakan di saat kte sedih mahupun gembira, ALLAH sentiasa ade bersame kte..cume kte je, kdg2 lupe pd ALLAH terutamanya pd waktu kte gembira kte jd alpa dan lupe pada Dia.. Bila rase sedih barula kte sedar hanya ALLAH ade untuk kte.

Sebagai  peringatan buat diri saya dan juga sahabat2 sume, marilah kte menjadi hamba Allah yang sentiasa ingat dan bersyukur kepada NYA mahupun di kala kte sedih atau gembira. Jangan cepat melatah dengan ujian ALLAH. Ujian itu ubat bg hati yang mana ia akan menjadi penawar yang mujarab buat mereka yang redha dan sabar. Bila kte redha dan sabar akan kte ketemu hikmahnya. 

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"(Mutiara Kata)

Tapi kte kene bringat, ujian ALLAH bukan hanye datang dalam bentuk kesusahan tetapi juga dlm bentuk kesenangan. Di waktu kte menerima segala yang baik dlm hidup ia juga merupakan ujian dari ALLAH. Jangan sesekali kte leka dan lalai dengan nikmat yang ALLAH beri. Sentiasa berSYUKUR dan ingatlah ALLAH selalu.

“Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan” (Mutiara Kata)

Dia itu pencipta kte, sememangnya tidak patut langsung dilupakan walaupun sesaat. Dia itu pencipta kte, sememangnya tidak layak langsung cinta lain mengatasi cinta kte kepadaNya. Dia itu pencipta kte, tidak layak langsung kasih dan sayang kte ini dicurah kepada selain Dia sedangkan yang memberi nikmat cinta, kasih dan sayang itu ,Dia juga.
Masa susah ingat, masa senang lupa. Terukkankte? Tak kenang budi kan kte ni? Semua yang teruk ada pada kte, selagi kte ini lupa pada Allah walaupun sesaat!
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ 
 “  Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” ( al-baqarah : 152)

Haza faqat minni..Wallahu'alam..=)

Friday 4 March 2011

Ijazah ini buat kalian berdua...Mak & Abah

-Petikan dr filem ‘Ketika Cinta BerTasbih’-

Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya,
Tidak pernah lelah menyebar mekar aroma bahagia,
Tidak pernah lelah meneduhkan  gelisah nyala,
Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya,
Tidak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tidak pernah lelah menghangatkan jiwa….

Jika Ayatul Husna menghadiahkn puisi ini dan trophy kemenangannya buat kakeknya Khairul Azam…,
Puisi ini pula saya tujukan khas  buat mak dan abah atas pengorbanan dan kasih saying mereka yang tidak pernah berbelah bahagi..hehe..

Mak Abah, akan ku genggam segulung ijazah khas buat kalian berdua... Insyaallah...=)


Thursday 3 March 2011

Dimulakan dengan "Bismillahirahmanirrahim..."

Bismillahirahmanirrahim...
Semoga pengisian blog ni dapat memanfaatkan diri sy sendiri dan juga sesape yg sudi 'bertandang' ke blog ni...Insyaallah.. Welcome to my blog..Ahlan wa Sahlan...=)


ٍ