I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 2 May 2011

Akibat Jahil Agama

Baru2 ni kecoh 1 Malaysia dgn sumpah laknat yg dibuat Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk membuktikan tuduhan dia atas Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah benar.Ramai dikalangan ulama, ustaz telah melarang diadakan sumpah laknat kerana tidak terdapat didalam AlQuran tapi malang ianya tidak diendahkan oleh mereka yang beriya iya mahukan sumpah laknat.   Rase sgt2 sedih,marah, menyampah bila tgk org2 yg jahil agama suka-suki dierg je nk wat hukum agama sendiri demi kepentingan diri mereka. Bertambah sedih lagi bila org yg memegang title sbg 'org alim' (bekas mufti & mufti perlis) menyokong plak perbuatan org2 yg jahil agama ni. 


Sumpah laknat??? ape tu sumpah laknat?? Ade ke disebut dalam al-Quran ataupun hadis kalo nak buat tuduhan zina ke atas org lain, si petuduh perlu buat sumpah laknat?? Padahal semua sedia maklum tertulis dalam Al-Quran,untuk mendakwa seseorang berzina perlu ada 4 saksi sekiranya tidak ada saksi maka pendakwaan tidak boleh dijalankan.


Firman Allah swt bermaksud, “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kemudian dia tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan. Jangan ambil persaksian mereka (selepas itu) selama-lamanya. Mereka adalah orang-orang fasik” (An-Nur:4).


Si jahil agama menolak ayat Allah yg terang lg bersuluh ni dan buat hukum sndiri kononnya nak menunjukkan diri dia benar. Astaghfirullah...
Satu lagi yang peliknya, kenapa perlu disebarkan video 'yg tak baik' tu untuk tatapan umum? Padahal ia dilarang sama sekali dalam Islam.


Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh orang-orang yang suka kelucahan tersebar dalam masyarakat orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan Akhirat. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur : 19). 


Kalaulah azab pedih di dunia dan Akhirat ini adalah untuk orang-orang yang hanya suka kelucahan tersebar, apatah lagi orang-orang yang menyebarkan kelucahan itu sendiri !! Disebabkan beratnya jenayah membuat tuduhan tanpa 4-saksi ini, Allah bakal mengazab mereka bukan sahaja di Akhirat, malah di dunia lagi agar dilihat oleh masyarakat dan dapat diambil pengajaran darinya. 


Inilah yang terjadi bila ilmu agama dianggap tidak penting oleh masyarakat, segala petunjuk dan amaran Allah dalam Al-Quran ditinggalkan begitu saja. Jadi kepada umat Islam secara umum, ambillah pedoman dari Allah swt, Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana, nescaya kita selamat dalam membuat pertimbangan dan menentukan sikap. Dengan itu masyarakat dan negara akan selamat, bersih, sejahtera bahkan terus mara menjadi pemimpin dan pembimbing umat-umat yang lain. 

“Dan hukumlah mereka dengan apa yang diturunkan Allah, dan jangan kamu turuti hawa nafsu mereka” 
(Surah Al-Maidah : ayat 49). 


Wallahu'alam...

DaLaM SuJuD CiNTaKu-DeVoTees



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.