I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 28 August 2011

Berjuanglah hingga ke saat yang terakhir

Alhamdulillah..di pagi ramadhan ke 28 yg penuh barakah ni, kami sekeluarga berkesempatan mendengar tazkirah daripada ayahanda tercinta Arip bin Sa'aya yg baru pulang drpd Sarawak..Dah lame tak dengar tazkirah dari abah (panggilan sy untuk ayah), rindu sgt2..Setiap kata-kata yang abah bicarakan pastinya mengusik jiwa dan memberikan keinsafan yang cukup mendalam..Simple shj nasihatnye tp kesan nye cukup mendalam..

Tazkirah pagi tadi abah berbicara mengenai apa erti sebenarnya Idul Fitri.. Abah kata Idul Fitri tu maknanye kembali pada fitrah kita yang suci dari dosa,jd menyambut Idul Fitri bermakna kita meraikan kemenangan kita kerana berjaya mndapatkan keampunan Allah sepanjang Ramadhan dan berjaya kembali kepada fitrah kita.Kemudian abah tanye pada kami semua, adakah kte dh berjaya mndapatkan keampunan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini? Adakah kte sudah merebut peluang yg ada ini dengan sebaik-baiknya? Jika tidak, layakkah kte menyambut Idul Fitri? 

Tersentap hati bila abah ajukan soalan2 tu..Perasaan masa tu bercampur baur..sdey sgt2 bile ingatkan ramadhan akan berlalu pergi tak lama lg..Kalau begitulah pengertiaan sebenar Idul Fitri, layakkah aku menyambut idul fitri?? Rasa tak senang duduk sekejap rasanya bila dihantui persoalan2 tu..huhu

Tapi, kata-kata abah seterusnya berjaya menenangkan hati ini, seolah2 abah tahu anak dia ni tgh tak senang duduk..hehe..Abah kata walaupun tinggal satu hari saja lagi peluang untuk bersama ramadhan tahun ini, peluang yang ada inilah kita rebut sebaik mungkin..abah memberikan contoh dari kaedah fiqh "Ma La Yudraku Kulluhu, La Yutraku kulluhu...Apa yang kita tidak dapat raih semuanya, Jangan ditinggalkan semuanya..Jangan kita biarkan 1 hari ramadhan yang berbaki ini begitu shj kerana kita rasakan kita sudah terlambat dan tidak berpeluang lagi untuk merebut keberkatan yg ada dalam bulan ramadhan.. Masa tu semangat kembali berkobar2 untuk terus mncari keampunan ALLAH dan keberkatan bulan Ramadhan hingga ke akhir Ramadhan...Bantu aku Ya ALLAH untuk terus berjuang hingga ke saat yang terakhir..

-Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin-
“Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan”.


Aku Lihat Ramadhan Dari Kejauhan...Lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?" Dengan Lembut ia Berkata, " Maaf, Aku Harus Pergi, Mungkin Lama. Tolong Sampaikan Pesanku Untuk Orang Yang Bernama MUKMIN..Ajaklah Sabar untuk Menemani Hari-Hari Dukanya, Peluklah Istiqamah Saat Dia Kelelahan Dalam Perjalanan Taqwa. Itupun Syawal....Ia Sudah Tiba...Ku Lihat Ramadhan Pergi..Jauh...Doaku...'Ya ALLAH, Temukanlah Aku dengannya sekali lagi...'





 
 

 

I LoVe ALLaH

++++++++++█████████████████████+++++++++++
+++++++++++███████████████████++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
......+++++++++++++++██████++++++++++++++++
....++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++++██████++++++++++++++++++
++++++++++++++++██████████++++++++++++++++
++++++++++█████████████████████+++++++++++
.
+++++++███████++++++++++++++++++++++++++++
+++++███+++██████+++++++++++████████++++++
++++██+++██████████++++++████++++++███++++
+++██++█████████████++++███+++█████████+++
++██++███████████████++██++█████████████++
++█++██████████████████+++███████████████+
+██+██████████████████++█████████████████+
+██+██████████████████+██████████████████+
+█+██████████████████++███████████████████
++███████████████████████████████████████+
++███████████████████████████████████████+
++++████████████████████████████████████++
++++███████████████████████████████████+++
+++++█████████████████████████████████++++
++++++████████████████████████████████++++
++++++███████████████████████████████+++++
+++++++█████████████████████████████++++++
++++++++██████████████████████████++++++++
+++++++++████████████████████████+++++++++
+++++++++++█████████████████████++++++++++
++++++++++++███████████████████+++++++++++
++++++++++++++███████████████+++++++++++++
++++++++++++++++███████████+++++++++++++++
+++++++++++++++++████████+++++++++++++++++
+++++++++++++++++++████+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++++
.
++++++++++++++++++++++█+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++
++++++++++++++█++++++++++++++++++++██+++++
++++++++++++████++++█+█++█++++++███+++++++
+++++++++++████++++██+█++█++++███++██+++++
+++++++++++██+++++++██████++███++++██+++++
++++++++███++++++++++█++█+++++++++++██++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++███+++
++++++++++++++++++++++█++++++++█++++██+█++
++++++++++++███++++++██+++++++███++++█+██+
+++++++++++████+++++++█+++++++████+++█++++
+++█++++++██++█+++++++██+++++++█+██++█++++
++█++++++██++██+++++++██+++++++██+█++██+++
++█+++++██+++█++++++++██+++++++██+█++██+++
++██+++██+++██++++++++██++++++++██+++██+++
++███████+++██++++++++██++++++++██+++██+++
+++████+++++█+++++++++██++++++++██+++██+++
++++++++++++██++++++++██+++++++++█+++██+++
++++++++++++███+++++++███+++++++██+++█++++
++++++++++++███████████████++++███+++█++++
+++++++++++++█████████++█████████+++++++++

Tuesday 23 August 2011

Marah itu memakan diri..

Jangan marah..jangan marah..jangan marah..itu pesan nabi junjungan kte Nabi Muhammad s.a.w.. 


Telah diriwayatkan, dahulu ada seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah “Wahai Rosululloh, ajarkanlah kepada saya sebuah ilmu yang bisa mendekatkan saya ke surga dan menjauhkan dari neraka”. Maka baginda  bersabda,“Jangan tumpahkan kemarahanmu. Nescaya syurga akan kau dapatkan” (HR. Thobrani, Shohih)


Memetik pandangan dari Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah, larangan Rasulullah bukanlah untuk rasa marah itu sendiri kerana hakikatnya marah itu tidak boleh dibuang. Maksud larangan rasulullah ialah kuasailah dirimu ketika muncul rasa marah. Jangan biarkan marah itu menguasai diri kerana ia hanya akan memakan diri. Kelak kita sendiri akan merasa sangat menyesal atas perlakuan kita.


Bagaimana untuk mengawal rasa marah.  Syaikh Wahid Bali hafizhohulloh  menyebutkan beberapa tips untuk menanggulangi marah. Diantaranya ialah :
(1) Membaca ta’awudz yaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”.
(2) Mengingat besarnya pahala orang yang bisa menahan luapan marahnya
(3) Mengambil sikap diam, tidak berbicara
(4) Duduk atau berbaring
(5) Memikirkan betapa jelek penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah
(6) Mengingat agungnya balasan bagi orang yang mau memaafkan kesalahan orang yang bodoh
(7) Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan karena itu semua termasuk perangai orang-orang bodoh.

Saturday 20 August 2011


RiNDu RaMaDHaN-DeVoTeeS

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan…
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan padanya keberkatan
Ramadhan ya Ramadhan
Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

Sdey plak bile dengo lagu ni..Ramadhan dah nk berlalu..Moga ade peluang untuk dipertemukan sekali lagi dengan nya...amiiinn..



Thursday 11 August 2011

Qailulah

Qailulah,tidur sekejap sebelum zohor..Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. 

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata : 
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." 

JOM KAWAN-KAWAN, KITE QAILULLAH..=)

Wednesday 10 August 2011

Tokusou Sentai Dekaranger

image






Salam..Saje nk conteng2..Dh lame x layan cite2 pasai hero dan heroin menyelamatkan bumi dari raksasa yg jahat..Dulu mase kecik2, suke sgt tgk cite2 mcm ni mcm Gaban, Satria Perkasa Hitam, Maskman, Flashman n yg terbaru Tokusou Sentai Dekaranger..hehe..Biasenye cite2 yg mcm ni, Jepun wat best la, kalo omputih nye x best sgt.. Walaupun cite ni mmg tuk budak bwh umur tp kalo org beso nk tgk pn ok gak..haha..Bukan ape biasenye  ade byk motivasi yg dierg selitkan..Bukan sekadar berlawan tak tentu hala je, setiap episod ade je mesej yg nk disampaikan...Tp ape2 pn x leh la selalu lyn sgt cite mcm ni, xbrkembang plak otak kang..sekali-sekala boleh la,nk hilangkn bosan & untuk luangkn masa dengan anak2 buah..hehe.. Suke Umeko(pink ranger) sbb die comey..=)

LAILATULQADAR malam yang dicari..

Salam....dh lame gak x update blog ni..Busy dengan business online baru..hehe..HANNAKIDS COLLECTION..Kalo sesape brminat blh click facebook badge Hannakids tu..Cite selanjutnye pasal HANNAKIDS kte kongsi2 cite len kali..

Skg ni nak cite pasai graduation.seronoknye rasenye dh abis belaja, bulan 10 ni dh nk graduate..tp tu pn kte kongsi2 cite mase bulan 10 nnti ek..hehe..Graduation yg sy maksudkn ialah graduate dr bulan Ramadhan..Berdebar-debar rasenye menunggu ape result sy di penghujung bulan Ramadhan nnti..Berjaya ke sy jd hamba ALLAH yg lebih bertaqwa dan lebih dekat padaNYA dari sebelum ni?? Berjaya ke sy meningkat amal ibadah sy? Berjaya ke sy meningkatkn keimanan sy?? dan Berjaya ke sy bertemu dgn LAILATULQADAR??Bile fikirkan semua tu rase sebak je..Risau kalau sy tak dapat merebut peluang yg ada dlm bulan ramadhan untuk merealisasikn semua prsoalan2 tu terutamanya untuk bertemu dengan malam LAILATULQADAR..Rugi rasenye jika satu-satunye peluang untuk brtemu dgn malam yg mulia tu trlepas cmtu je..

Sebut pasal LAILATULQADAR, ia merupakan malam yg penuh keberkatan dan amal ibadah pada malam tu mempunyai nilai pahala yg lebih baek drpd 1000 bulan..Kalo dikira-kira lah kan, amal ibadah kte untuk 100 tahun pn agaknye x mampu menandingi nilai pahala yg kte dapat dlm LAILATULQADAR. Wallahua'lam..

Memang bukan mudah untuk kte bertemu dgn LAILATULQADAR, hanye hamba NYA yg terpilih je dpt peluang nk jumpa..So,ape lagi jadikan lah diri kte hamba yg terpilih tuk bertemu dgn malam yg penuh barakah ni..Doa banyak2 mg kte diberikn peluang tuk bertemu dengan LAILATULQADAR..Insyaallah.. Akhir kalam  semoga AKU & KAMU menjadi hambaNYA yg terpilih untuk bertemu dgn Malam LAILATULQADAR..aniinnn...(^__^)