I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 6 October 2011

Alhamdulillah....9hb dan 10 hb oktober ni, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi trmasuk la si penulis blog ni..=) Hari-hari yang dinantikan slps 6 thn brtungkus lumus belajar kt UIAM, ceeewaahh..hehe..Rase mcm excited plak..(^__~)  
Excited2 gak, tp rase geram pn ade..Ada cerita ckit nak kongsi ngan semua..Sabtu lepas, sy pergi UIA sebab nak selasaikan urusan konvo, dalam prjalanan ke sana, semasa dalam train sy nampak ade 2 org pasangan lelaki dan perempuan ni berdiri menghadap antara satu sama lain, masing2 nmpak bgs dan baik orangnye..Dalam hati ni tertanya-tanya gak, adik beradik ke suami isteri ke kekasih dierg berdua ni..hehe..Tp cube untk husnuzon, so anggap dierg ni mungkin adik beradik..Menjadi al-kisah nye, bile train tetibe brek dan si perempuan td hampir2 terjatuh, jd si perempuan td terpegang lah tgn si lelaki tu..Tp cara perempuan tu pegang menunjukkan die tahu haram die pegang tangan lelaki tu, tp dh terpaksa tibai je la..Lepas die trpegang tgn lelaki tu, die tersipu-sipu dan jeling2 ke arah sy, mungkin die tahu kot sy nmpk apa yg terjadi td..Boleh dibaca dari air muka die yg die tgh bermonolog dgn diri sendiri 'I did the wrong thing'..Dari situ la sy dapat mengagak ,pasangan tu bukanlah adik beradik mahupun suami isteri..Fikir2 la sendiri ye, ape relationship dierg kalo dh berdua-duaan dan rapat mcm tu walaupn tak berpegangan tangan..





Dalam hati beristighfar, lantas teringat larangan Allah untuk tidak mendekati zina.. "La Taqrabu Zina" Jangan hampiri zina pun tak boleh, kalo berzina apatah lagi.. Berdua-duaan dengan yang bukan mahram kte, bukan ke dh kira maksiat tu? Bila kte melakukan maksiat tndanya kte sudah menghampiri zina..Jangan kte buka sedikit pn ruang kepada perkara yg menghampirkn kte kepada zina, kerana syaitan tu sentiasa ada untuk mencari peluang menyesatkan anak-anak adam, walaupn peluang tu sebesar zarah.. Kisah yang sy ceritakan td,bukanlah brtujuan untuk bercerita kosong dan melempiaskan rasa marah tp sy bertujuan nk ajak kte semua fikir2 kn kembali kenapa situasi mcm tu boleh terjadi..Sy tahu perempuan dan lelaki yg sy ceritakn td masih menjaga batasan walaupn mereka keluar berduaan tp apa yang mereka sedang lakukan tu pun(keluar berdua-duaan) dah dikira maksiat..Tp sygnye, mereka tak prnah pn terfikir mcm tu, pd anggapan mereka selagi batasan dijaga, keluar berdua-duaan xpe..Sebenarnye apa yang mereka lakukan sekarang ni, boleh memberikan kesan yang lebih buruk..Perlu diingatkn sekali lg, syaitan merupakan makhluk yang bijak menghasut..Selagi ada kesempatan yang terluang ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu ,kita hendaklah berwaspada, jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya...Na'uzubillah.. Akir kata,mg ia diajadikan peringatan kepada semua yang membaca termasuklah sy si penulis yg dhaif ini..


p/s artikel ini ditulis kerana sayang... bukan marah atau benci...(^__~)



0 comments:

Post a Comment